Draf untuk semakan. Belum berkuat kuasa.

Read in English

Notis Privasi KINOS

Versi 1.0 · Berkuat kuasa [TARIKH DITERBITKAN]

Notis ini menerangkan cara KINOS mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi apabila anda menggunakan laman web kami (kinos.my) dan aplikasi KINOS, serta apabila anda menghubungi kami. Notis ini disediakan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

1. Siapa kami

KINOS dikendalikan oleh KINOS SDN. BHD. (No. Syarikat [NO. SSM]), [ALAMAT BERDAFTAR], Malaysia ("KINOS", "kami"). Kami ialah pengguna data (pengawal data) bagi maklumat yang diterangkan di sini.

Bagi sebarang soalan atau permintaan berkaitan privasi, e-mel [email protected]. Hal privasi kami dikendalikan oleh pengarah kami, [NAMA].

2. Ringkasnya

3. Maklumat yang kami kumpul

Butiran akaun. Nama, alamat e-mel, kata laluan (disimpan dalam bentuk yang dikodkan, tidak sekali-kali dalam teks biasa), bahasa dan rekod log masuk anda.

Buku keluarga anda. Apa yang anda dan keluarga anda tambah: nama anak anda, tarikh lahir (atau tarikh jangkaan bersalin, lihat di bawah), jantina jika anda memilih untuk menambahnya, gambar, video, catatan, pencapaian, tarikh dan kapsyen, serta siapa yang menambah setiap item.

Maklumat sensitif (hanya dengan persetujuan nyata anda):

Ahli keluarga yang anda jemput. Apabila seseorang menerima jemputan anda, kami merekodkan akaun mereka dan peranan mereka dalam buku anda.

Pembelian dan tempahan.

Maklumat peranti dan penggunaan. Model peranti, sistem pengendalian, versi aplikasi, laporan ranap, token pemberitahuan supaya kami boleh menghantar pemberitahuan kepada anda, peristiwa penggunaan aplikasi yang asas, dan alamat IP dalam log pelayan kami. Kami mengira cara aplikasi digunakan, seperti kekerapan sesuatu ciri dibuka, bukan apa yang anda simpan dalam buku anda.

Apabila anda menghubungi kami. Apa yang anda hantar kepada kami melalui e-mel atau WhatsApp.

Laman web kami tidak menggunakan kuki, analitik atau alat penjejakan, dan tidak mempunyai borang. Apa-apa yang interaktif di laman itu berfungsi sepenuhnya dalam pelayar anda; apa yang anda taip tidak dihantar kepada kami. Hos laman web kami, Cloudflare, menyimpan log pelayan, termasuk alamat IP, bagi tujuan keselamatan.

Dari mana kami memperolehnya. Daripada anda; daripada ahli keluarga yang anda jemput, tentang apa yang mereka tambah; daripada klinik anda, jika anda menyambungkannya; daripada Apple, Google dan RevenueCat, tentang status langganan anda; dan daripada Billplz, tentang bayaran anda.

Yang wajib dan yang pilihan. Alamat e-mel dan kata laluan diperlukan untuk membuka akaun, dan nama serta tarikh bagi anak anda diperlukan untuk memulakan buku (nama panggilan pun boleh). Jika tarikh itu ialah tarikh jangkaan bersalin, kami akan meminta persetujuan nyata anda terlebih dahulu. Selain itu adalah pilihan. Jika anda tidak memberikannya, sesetengah ciri tidak akan berfungsi.

4. Mengapa kami menggunakannya

Kami mungkin menghasilkan statistik yang tidak boleh mengenal pasti anda atau keluarga anda. Kami akan meminta persetujuan berasingan anda sebelum berkongsi statistik sedemikian di luar KINOS.

Cara kami menggunakan AI

Menyusun gambar anda. Alat automatik menyusun gambar dan video dalam buku anda, contohnya mengikut tarikh, pencapaian atau siapa yang ada di dalamnya, supaya buku anda lebih mudah dibina dan dilihat.

Pengumpulan wajah, hanya jika anda menghidupkannya. Pengumpulan wajah mencari orang yang sama dalam gambar-gambar di buku anda, supaya anda boleh melihat, contohnya, semua gambar anak anda. Untuk melakukannya, ciri ini menghasilkan data wajah daripada wajah dalam gambar anda. Data wajah ialah data biometrik, dan kami menganggapnya sebagai data peribadi sensitif.

Cadangan tempat dan aktiviti. Kami menggunakan [umur anak anda atau peringkat kehamilan, kawasan yang anda beritahu kami sebagai tempat tinggal anda, dan apa yang anda simpan atau tempah dalam KINOS] untuk mencadangkan tempat untuk dikunjungi, serta kelas dan aktiviti yang sesuai untuk anak anda.

Latihan AI. Gambar, video, catatan dan data wajah anda tidak digunakan untuk melatih model AI besar, seperti model umum di sebalik chatbot. Kami tidak menggunakannya untuk membina atau menambah baik AI bagi pihak lain, dan kami memilih penyedia perkhidmatan yang tidak dibenarkan berbuat demikian.

5. Persetujuan

Dengan membuka akaun, anda bersetuju kami memproses maklumat peribadi anda seperti yang diterangkan dalam notis ini. Bagi maklumat sensitif (bahagian 3), kami meminta persetujuan nyata anda dalam aplikasi sebelum anda mula menggunakan ciri tersebut.

Anda boleh menarik balik persetujuan pada bila-bila masa, dalam aplikasi atau dengan e-mel ke [email protected]. Jika anda menarik balik persetujuan bagi maklumat sensitif, kami akan berhenti memprosesnya dan ciri berkenaan tidak lagi berfungsi untuk anda. Sebelum apa-apa dipadam, aplikasi akan menunjukkan apa yang akan dipadam dan membolehkan anda mengeksportnya terlebih dahulu.

6. Dengan siapa kami berkongsi

7. Pemindahan ke luar Malaysia

Pelayan aplikasi dan pangkalan data kami berada di Malaysia. Sesetengah penyedia perkhidmatan menyimpan atau memproses maklumat di luar Malaysia, termasuk di Amerika Syarikat, Eropah dan Singapura. Ini termasuk tempat gambar dan video anda disimpan. Apabila kami memindahkan maklumat peribadi ke luar Malaysia, kami melakukannya seperti yang dibenarkan di bawah seksyen 129 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, termasuk dengan memilih penyedia yang mempunyai perlindungan yang mencukupi dan mengikat mereka melalui kontrak.

8. Cara kami melindunginya

Tiada sistem yang selamat sepenuhnya. Jika berlaku pelanggaran data peribadi, kami akan memaklumkan Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi dan, jika dikehendaki, keluarga yang terjejas, dalam tempoh yang ditetapkan oleh undang-undang.

9. Berapa lama kami menyimpannya

10. Hak anda

Anda boleh:

Untuk membuat permintaan, gunakan aplikasi atau e-mel ke [email protected] daripada alamat e-mel akaun anda. Kami mungkin perlu mengesahkan identiti anda. Kami akan menjawab dalam tempoh 21 hari, dan kami tidak mengenakan sebarang fi.

Jika anda tidak berpuas hati dengan jawapan kami, anda boleh membuat aduan kepada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi (Jabatan Perlindungan Data Peribadi, pdp.gov.my).

11. Kanak-kanak

Akaun KINOS adalah untuk orang dewasa berumur 18 tahun ke atas. Kanak-kanak tidak menggunakan akaun KINOS. Maklumat dalam buku keluarga tentang seorang kanak-kanak ditambah oleh ibu bapa atau penjaganya, ahli keluarga yang mereka jemput dan, jika disambungkan, klinik mereka. Ibu bapa atau penjaga memberikan persetujuan bagi pihak kanak-kanak itu, menentukan apa yang disimpan dan boleh memadamnya pada bila-bila masa.

KINOS direka supaya, suatu hari nanti, seorang anak boleh menerima bukunya sendiri. Sebelum kami menawarkannya, kami akan menerangkan cara ia berfungsi dan meminta persetujuan ibu bapa yang memegang akaun.

12. Perubahan kepada notis ini

Jika kami mengubah notis ini dengan cara yang penting, kami akan memberitahu anda dalam aplikasi atau melalui e-mel sebelum perubahan itu berkuat kuasa. Nombor versi dan tarikh dinyatakan di bahagian atas.

13. Bahasa

Notis ini disediakan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Jika terdapat perbezaan antara kedua-dua versi, versi Bahasa Inggeris terpakai.

14. Hubungi kami

KINOS SDN. BHD. (No. Syarikat [NO. SSM])
[ALAMAT BERDAFTAR]
E-mel: [email protected]